Saturday, December 4, 2010

neNekkU beRsaLin

cerita ni bermula dengan seorang nenek yang sudahlah teramat ramai cucunya...satu hari tanpa disangka-sangka nenek ni disahkan mengandung..apa lagi terkejut beruklah dua laki bini yang teramat tua itu...mereka redha dengan rezeki yang Allah berikan..anak dan cucu mereka turut terkejut tapi cover sikit sebab takut mak,ayah dorang kecik hati..sepanjang mengandung nenek itu tiada masalah malah lebih sihat daripada biasa, setelah sembilan bulan maka kuarlah baby tu..anak dan cucu mereka datang melawat nenek mereka kat hospital, nenek itu sihat sahaja tetapi baby dia pulak tiada.kemudian tanyalah salah seorang cucu mereka.
"nenek, mana anak nenek?,"soal si cucu dengan perasaan yang teramatlah teruja maklumlah anak bongsu neneknya.
"ada,"jawab neneknya tenang.kemudian cucu-cucunya mencari-cari dimana baby tu.
"mana nek?,"soal si cucu yang seorang lagi.
"ada,"jawab neneknya lagi.
"mana nek? kita orang tak nampak pun anak nenek,"tanya cucunya lagi.
"tunggulah sampai dia menangis,"kata neneknya.
"kenapa?."
neneknya malu-malu sambil memandang ke arah semua orang yanng berada di situ.
"sebab nenek pun tak tahu anak nenek tu duk kat mana,"jawab nenek sambil menggaru kepalanya.
kuang30.. : )



*moral valuenya: makanlah pil perancang..

Monday, November 22, 2010

peNcuri yaNg bOdoh....

peristiwa ni berlaku d sebuah kampung bahagia(bukan nama sebnr), al kisahnya ada seorg pencuri yg bodoh. dia hendak mencuri pasangan warga tua yg terkenal dgn kekayaannya d kampung itu.
pada suatu mlm kira-kira pukul 9 mlm pencuri itu memasuki rumah pasangan warga tua itu untuk melaksanakan misinya kerana pd waktu itu pasangan tersebut sudah pun tido.. so dgn harapan yang menggunung dia memasuki rumah tersebut..apabila memasuki rumah tersebut dia terkejut melihat keadaan rumah yang kosong serta berhabuk..namun dia tidak menghiraukan keadaan tersebut,pantas dia memasuki bilik warga tua itu. d lihatnya kedua-dua mereka sedang nyenyak tido sambil terlopong dan si suami pula berdengkur maknanya dptlah dia melaksanakan misiny dgn aman..kemudian dia menyelongkar almaru pasangan tersebut namun dia terperanjat melihat kandungan almari tersebut,kerana ianya kosong melainkan berhabuk. setelah 4 jam menyelongkar,pencuri itu keletihan dan dia berlalu ke dapur untuk minum seteguk air  tetapi tiada satu pun jag berisi air d dapur itu..dgn harapan berkobar-kobar dia membuka peti ais. d dlm peti ais itu hanya ada satu mangkuk tepung goreng pisang.harapan pencuri itu hampa kerana dia keletihan dan usahanya sia-sia kerana gagal menemui duit seperti yang dinyatakan..

keesokan paginya pencuri itu tidak berpuas hati kerana dia gagal mencuri duit warga tua itu lantas dia pergi ke rumah pasangan itu. kelihatan pasangan itu sedang menikmati teh dan pencuri itu menegur si suami dan si suami menjemput pencuri itu minum bersamanya..kemudian pencuri itu bertanya pada si suami,
"Pak cik, boleh saya tanya?,"soal pencuri itu.
"Boleh,"jawab si suami itu.
"Pak cik simpan d mana semua duit pak cik?,"soal pencuri itu lagi.
si suami itu tersenyum.dan dia menjawab,
"Dalam tepung goreng pisang,"jawab si suami itu selamba.
pencuri itu terasa terhina dengan jawapan pak cik itu dan dia pun berlalu dengan hampa...


*moral valuenya: kalau nak mencuri tu biarlah berilmu..
hai semua dan salam sejahtera...
salam aidiladha kepada semua kwn2..aduh baru nak masuk dua mggu bercuti aku dah mula rindu dengan kwn2 aku..bila dah cuti sem ni aku rasa macam badak aje sebabnya asyik mkn dan tido..tak tahu kenapa aku ni mengantuk aje sampaikan masa mkn pun aku tido apa mslh aku ni..
tambahan pula nak masuk thn baru maknanya dah makin tualah aku ni..bdn pun dah mula menunjukkan side effect..maklumlah dah meningkat umurny..hehe..
badan pun mula lenguh2,lutut dah mula longgar asyik berbunyi aje bila bergerak..
ingtkan nak pegi repairlah nanti ada masa..bukan apa takut menjejaskan prestasi aje..
so apa lagi aku nak cakap ni?? aku pun tak tahu apa nak cakap..
oklah ye sampai sini aje..nak smbg novel ni..
luv u all..

Friday, November 12, 2010

rOller Coster puNye paSal

Badan aku semuanya rasa sakit. Dari hujung kuku tangan aku hinggalah hujung kuku kaki aku, ni semua game kat TS.. Hehe,sebenarnya bukanlah salah mainan tu. Semalam adalah hari paling gila dalam hidup aku, bayangkan aku tak tidur dan pagi tu aku ambik last paper MGT 162. Lepas exam aku terus balik ke hostel bersiap-siap nak kuar dengan senior. Kemudian berangkatlah kami ke tempat yang hendak dituju.
sampai kat sana kita orang makan dulu tapi masa tu dah tengok orang main game,menarik.
lepas tu kononnya tak nak main game tu sebab takut pening la, bla bla..
tapi kita orang masuk gak akhirnya, apa lagi mainlah.
aku tak pernah rasa seseronok itu, tuhan aje tahu semua masalah aku hilang 
masa tu. lepas tu kita orang main roller coster, bes gila.. korang pun kena cuba. sempat lagi aku posing kat atas tu..huhu..lepas turun kita orang dah pening-pening sebab main semua yang pusing-pusing.
kita orang pun layanlah wajang cuti-cuti cinta....bes sangat. aku ingatkan nak tido je 
tapi sebab bes sangat citer tu aku tak ngantuk..kesimpulannya semalam hari yang paling indah..
thanz to all my senior yang sudi melayan kerenah aku ni..

Friday, November 5, 2010

IziNkan aKu peRgi

Saat aku memalingkan wajahku dari melihat wajahmu kau harus tahu aku ingin meninggalkanmu.
Namun kau tetap memanggil namaku dengan lembutnya.
Ketika hentakan kaki ini kian meninggalkan dirimu, kau tetap di situ menyeru namaku.
Aku terus mengatur langkah, jurang antara kita kian ketara.
Pantas kau meraih tanganku, lalu dikucup sayu. Mutiara jernih terbit dimatamu.
Maaf sayang, aku harus melepaskan genggamanmu.
Lantas kau berkata padaku: Pergilah jika itu yang kamu mahu. Jangan berpaling lagi.
Aku tertunduk sayu, ku gagahkan hati dan berlalu.
Kau bersuara lagi: Apa pun yang bakal aku katakan, kau jangan berpaling.
Aku melangkah lagi,kali ini diiringi airmata.
Jangan berpaling walaupun aku menyeru namamu berulang kali: Katamu lagi.
Benar, aku tidak akan berpaling:Hatiku bersuara.
Suaramu kedengaran lagi : Jangan berpaling apa pun terjadi pada aku.
Ya, aku menjawab dalam hati. Kali ini gerimis mula menyelubungi.
Jangan pernah kau berpaling biar apa pun yang aku lakukan.
Aku terdiam.
Dengan kuat kau menjerit : Jangan kau berpaling kerana aku amat mencintai dirimu.
Aku juga, jawabku lemah.
Maafkan aku sayang kerana aku terpaksa meninggalkan dirimu.
Walaupun tanpa rela, pergilah kau pada keluargamu.
Kerana hanya kamu harta mereka dan jangan kau bimbangkan diriku
Kerana aku tiada nilainya dimata mereka.

Wednesday, November 3, 2010

diSiNi aKu.....

disinilah aku mula mengenali diorang..orang yang aku tak pernah kenal pun sebelum ni..
disini aku mula mengerti apa itu maksud sahabat. sahabat yang sentiasa ada dengan aku tak kurang juga sahabat yang mengguriskan hati..namun kita semua manusia yang kekurangan dari segala segi..
disini aku belajar hidup berdikari tanpa kedua ibu bapa disisi..barulah aku sedar betapa besarnya nilai ibu bapa kepada aku..aku sedar aku bukan anak yang baik untuk mereka...banyak kali aku mengecewakan mereka.tapi mereka tetap ada dengan aku,sokong aku apa saja aku buat..itulah IBU BAPA.
disini aku mengenali dunia yang sebenar,dunia yang penuh dengan godaan dan cubaan yang begitu hebat jika terlalai ia boleh menghanyutkan aku..namun aku bersyukur kerana aku dapat menepisnya dengan tenang.
disini aku tahu apa itu erti kehidupan. jika sebelum ini kita dibimbing oleh mak dan ayah tapi bila tiba saat kita disini semuanya kena buat sendiri..sukarnya kehidupan itu barulah aku sedar, bayangkan macam mana mak dan ayah kita besarkan kita. sedangkan aku baru sahaja melaluinya tidak sampai suku hidup aku tapi aku mengeluh dengan keadaan aku..itulah manusia..
disini aku faham apa itu cinta..cinta itu bukan sahaja pada insan yanng bergelar lelaki, tetapi pada semua benda yang ada dalam hidup kita..cinta aku pada hidup aku, cinta aku pada senior, cinta aku pada mak dan ayah, cinta aku pada kawan-kawan,dan cinta aku pada ALLAH s.w.t..cinta itu bukan hanya cinta monyet atau pun cinta uda dan dara tapi cinta itu suatu yang subjektif mengikut pemikiran setiap manusia..
disini juga aku tahu apa itu rindu....rindu kepada keluarga yang jauh dari mata, rindu akan teman-teman sepersekolahan, rindu pada guru-guru..aku rindu akan kehidupan kanak-kanak aku...namun semua itu hanya kenangan yang perlu aku simpan dalam satu sudut hati aku..
disini aku....menimba ilmu..ditempat yang serba kekurangan pada mulanya tapi menjadi satu tempat yang akan aku rindui buat selamanya...
Dan disini diunikop ini aku akan menjadi seorang manusia yang berjaya.. disini juga aku akan mengecapi cita-cita..di unikop..

SeBulaN peRtaMa....

Keadaan yang masih belum teratur. Masih mencari arah tuju. Menyelami hati senior, maklumlah aku seorang sahaja junior didalam unit kami..Agak asing pada mulanya kerana semuanya nampak serius dan aku takut dengan mereka..Tapi bila aku kenal,laaa....semuanya satu kepala.. Otak sengal semuanya..hahaha... Luv u All..
sebulan yang penuh erti..aku sendiri tak paham kadang-kadang apa yang aku rasa. Tapi betullah kata orang tak kenal maka tak cinta..
And now aku paham maksud peribahasa itu..bukanlah mencintai seseorang tapi mencintai keadaan yang menjadikan kita lebih matang dari segala segi..
Sebulan sudah cukup mengajar aku erti junior dan senior.
Sebulan juga aku hidup berdikari..agak susah tapi cukup memberi pengajaran..
Bagi aku sebulan itu bagaikan kenangan yang penting untuk hidup aku..