Wednesday, November 3, 2010

My FirSt tiMe at uNikoP

my college
first time aku datang sini..Semuanya bagaikan tidak kena, aku rasa tertipu melihat keadaan kolej yang sebenar.. Sungguh indah khabar daripada rupa.. Bagaikan terpaksa aku belajar disini, padahal aku yang beria-ria mahu datang ke sini... Melihat keadaan kolej yang agak usang ditambah pula persekitaran yang sungguh jauh daripada yang aku bayangkan.. Aku sedih, namun perjuangan tetap diteruskan.
saat pertama kali aku jejakkan kaki ke unit 37, aku tersentak ini ke tempat yang aku perlu tinggal untuk bersem-sem?? Tapi itu bukan penghalang, belum cuba belum tahu,kata ayah aku..
Nasib aku kurang baik, aku dpt roomate yang menakutkan bagaikan hantu dihadapan mata..bayangkan selama seminggu minggu orentasi aku duduk berseorangan dala unit yang besar ini memandangkan roomate aku orang selayang..senior aku pulak tak datang-datang..cemas aku dibuatnya..
aku mula berimaginasi mungkinkah senior-senior aku ni tak wujud..macam dalam filem horror tu..aku naik cuak..dahlah dapat roomate yang menyeramkan..roomate aku tu manusia paling pelik dalam dunia ni....seksanya aku tuhan aje tahu..dahlah aku rasa tertipu dengan unikop tambah pulak dengan roomate aku yang entah apa-apa tu..
Minggu orentasi mengisi masa aku, tapi letih bukan kepalang..mana tak nya ade ke logik kena salin pakaian dalam masa 5 minit.. tapi aku berjaya,haha..bangga juga. ramai kawan-kawan aku kena denda,tapi aku tak..sebab aku tak mandi. adoi seminggu aku jadi kerbau tak sempat aku nak mandi dah kena panggil..so macam mana??aku tak kisah sangat sebab orang lain pun sama je, kita orang salin baju je..yang lain tak sempat nak salin..haha itulah pengalaman aku..

No comments:

Post a Comment